Wednesday, July 8, 2015

Carrot Cake

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang
Cara-cara
1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk dengan lidi.

Friday, May 29, 2015

Kuih Lopes

Bahan2:
500g beras pulut (rendam selama 1/2 jam)
500ml air pandan ( kisar 5-10 helai daun pandan)
100ml santan pekat
1/2 camca teh garam
Parutan kelapa muda (topping)

Air manisan (masak 2 kerek nise/gula melaka dalam 200ml air & tapis)


Caranya:


1. Mommy tanak pulut guna periuk noxxa : Basuh & tus beras pulut & tuang ke dalam periuk.
2. Tuang air & tutup. Tekan TEKANAN TINGGI & set 5 minit 
3. Bila dah siap, sentuh butang BUKA. Bebaskan tekanan, buka tudung & masukkan santan (tambah sedikit garam).
4. Kacau, tutup & sentuh MEMANAS SEMULA. 
5. Selepas 3 minit, matikan periuk & keluarkan pulut.
6. Masukkan pulut ke dalam dulang/bekas & tekan menggunakan plastik.
7. Apabila pulut telah padat, tekap dgn acuan bulat.
8. Gaul pulut tadi dengan parutan kelapa muda (tambah sedikit garam).
9. Semasa menghidang, tuang air manisan ke atas pulut. Sedia dimakan.

credit here 

Tuesday, May 12, 2015

Pulut Kuning

Bahan-bahan:

1 kilo pulut, dicuci dan direndam 1 jam bersama sekeping asam keping
1 liter air
Kunyit/pewarna kuning
daun pandan

Cara-cara:
1. Masukkan kesemuanya di atas dalam innerpot Noxxa dan HP 6 minit
2. Offkan periuk, release pressure
3. Masukkan 1 cawan santan, gula, garam secukupnya
4. Tutup periuk dan STEAM 2 minit.

Note: Untuk 500 gram pulut, airnya 500ml. Nisbah 1:1


Tapai

Bahan-bahan
1 kg beras pulut susu
1000ml air
1 biji ragi. Saya guna x smpai sebiji. 
1 sudu gula. 
Cara-cara:
1. Basuh pulut. Masukkan dlm innerpot. Hp 5 minit. Release steam.
2. Keluarkn pulut sejukkan dlm dulang. 
3. Bila pulut dah sejuk taburkan ragi yg telah dtumbuk halus.
4. Kaup dan balikkan bagi ragi sama rata.
5. Taburkan sedikit gula. Utk kurangkan rasa gas tapai.
6. Masukkan dalam bekas dan tutup.
7. Biarkan semalaman. Kalau dah berair & manis, dah boleh dimakan. Kalau belum biarkan semalaman lagi..

Homemade Popcorn

Prep : 5 minit

Pop Corn :

1. Panaskan periuk Noxxa menggunakan mod stir fry. Jangan tutup periuk dalam mod stir fry.
2. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dan 2 sudu besar marjerin.
3. Biarkan marjerin cair.
4. Masukkan 2 genggam jagung popcorn. Gaulkan
5. Off periuk dan tutupkan.
6. Set mod high pressure 2 minit. Akan kedengaran bunyi 'pop'. Sekiranya takde bunyi pop, off HP dan buka periuk dan ulang semula HP.
7. Release pressure, buka penutup dan keluarkan pop corn.

Caramel :
1. Panaskan periuk Noxxa menggunakan mod stir fry. Jangan tutup periuk dalam mod stir fry.
2. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dan 2 sudu besar marjerin.
3. Biarkan marjerin cair.
4. Masukkan 2 sudu besar gula perang dan gaul.
5. Off periuk.
6. Masukkan 2 sudu madu dan kacau.
7. Masukkan pop corn tadi, gaul mesra.
8. Sedia untuk dihidang!






Sunday, September 22, 2013

Kari Daging

Bahan-bahannya:

500 gram daging
1 peket serbuk kari (pilihan saya Baba's)
1 kotak santan (pilihan saya M&S)
2-3 biji kentang, dikupas dan dibelah 4
3-4 ulas bawang putih *
3-4 ulas bawang merah*
(* ditumbuk atau blend)
1-2 biji bunga lawang
1-2 biji bunga cengkih
1 batang kayu manis
sedikit buah pelaga
1 tangkai daun kari
1 keping asam keping
garam dan perisa secukupnya

Cara-caranya:

1. Setkan periuk kepada STIRFRY, tekan ON.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawah putih sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis & pelaga.
4. Setelah naik minyak, masukkan daging beserta santan.
5. Masukkan asam keping dan daun kari
6. Tutup periuk dan pusing tombol ke arah PRESSURE.
7. Setkan kepada HIGH PRESSURE selama 40 minit.
8. Setelah tamat masa, putarkan tombol PRESSURE hingga wap habis keluar.
9. Masukkan kentang, garam dan perisa secukupnya
10. Tutup periuk dan pusing tombol ke arah PRESSURE.
11. Setkan kepada HIGH PRESSURE selama 5minit.
12. Setelah tamat masa, putarkan tombol PRESSURE hingga wap habis keluar.
13. Sedia untuk dihidangkan.






Kek Pisang

Bahan-bahannya:

200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*
(* satukan dan ayak)
150 gram pisang (pilihan : pisang berangan 3-4 biji)
150 gram gula perang
20 gram gula kastor
3 biji telur gred A
120 ml  minyak sayur (atau minyak jagung)
1 camca besar ovallate
garam

Cara-caranya:

1. Lecek pisang, gula, garam & ovallate hingga semua bergaul dan sebati
2. Masukkan telur, kacau hingga rata.
3. Tambah tepung yang telah diayak dan minyak jagung. Gaul sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan kek ke dalam innerpot periuk Noxxa.
5. Tutup periuk dan pusingkan tombol ke arah STEAM.
6. Set periuk ke STEAM selama 25 minit.
7. Periuk akan mengeluarkan bunyi alarm sepanjang masa, abaikan.
8. Setelah tamat masa, boleh keluarkan kek (dijamin tidak akan melekat) dan biarkan sejuk di atas jaringan sebelum dihidangkan.

Resepi diolah dari Mat Gebu.