Friday, May 29, 2015

Kuih Lopes

Bahan2:
500g beras pulut (rendam selama 1/2 jam)
500ml air pandan ( kisar 5-10 helai daun pandan)
100ml santan pekat
1/2 camca teh garam
Parutan kelapa muda (topping)

Air manisan (masak 2 kerek nise/gula melaka dalam 200ml air & tapis)


Caranya:


1. Mommy tanak pulut guna periuk noxxa : Basuh & tus beras pulut & tuang ke dalam periuk.
2. Tuang air & tutup. Tekan TEKANAN TINGGI & set 5 minit 
3. Bila dah siap, sentuh butang BUKA. Bebaskan tekanan, buka tudung & masukkan santan (tambah sedikit garam).
4. Kacau, tutup & sentuh MEMANAS SEMULA. 
5. Selepas 3 minit, matikan periuk & keluarkan pulut.
6. Masukkan pulut ke dalam dulang/bekas & tekan menggunakan plastik.
7. Apabila pulut telah padat, tekap dgn acuan bulat.
8. Gaul pulut tadi dengan parutan kelapa muda (tambah sedikit garam).
9. Semasa menghidang, tuang air manisan ke atas pulut. Sedia dimakan.

credit here 

No comments:

Post a Comment