Friday, August 30, 2013

Puding Roti Kukus

Bahan A:
8-10 keping roti Gardenia (potong kecil/carik2)
2 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan gula
3 camb marjerin
1 sudu teh esen vanila

Bahan B (untuk sos)
1 tin susu cair
2 susu gula
2 sudu tepung kastard

Caranya:
1. Kacau marjerin dengan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur,roti,susu cair,esen vanila & baking powder.Kacau rata-rata.
3. Masukkan ke dalam pressure cooker.
4. Tutup periuk & pastikan tombol menghala steam.
5. Tekan butang steam selama 5 minit & ON.
6. Masak bahan B,dan jadikan sos.
7. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais.


Credit : FB Resepi Periuk Noxxa

Sunday, August 18, 2013

Dodol homemade


Bahan-bahannya:

1 cwn gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)
1 cwn air
(Semua bahan dicampur sekali dan dimasak hingga gula larut dan sejukkan)

1 cwn tepung pulut
2 cwn santan pekat

Cara-cara membuatnya:

Masukkan tepung pulut dan santan kedalam larutan air gula tadi dan kacau hingga semua bahan bergaul rata.
Kemudian tapiskan bahan larutan kedalam inner pot.
Tekan fungsi STIR FRY dan ON
Kacau larutan tadi hingga menjadi pekat dan teruskan mengacau sehingga adunan betul-betul masak dan gelembung akan terbentuk.
Masa diambil lebih kurang dalam 20 minit sahaja.
Selepas siap masukkan dodol kedalam bekas bersesuaian dan biarkan sejuk

Bee Hoon goreng

Bahan-bahan:

2 tsb minyak untuk menggoreng
1 Bungkus bihun (basuh dan toskan---tak perlu rendam)
10 ekor udang sederhana besar (dibuang kulit)
2 camca besar cili kisar  (nak lagi pedas..sila tambah)
4 tsb sos cili
6 tsb kicap lemak manis (boleh diabaikan)
3 biji bawang merah-dihiris halus
2 ulas bawang putih-dihiris halus
3 pokok sawi (cuci besih dan potong)
2 cwn taugeh (cuci bersih dan buang ekornya)
1 keping tauhu (goreng dan dadu)
2 biji telur (dibuat telur hancur)
Fish ball dan fish cake- boleh ditambah...
Segenggam udang kering-diblender kering
Garam dan perasa secukupnya
Daun bawang dihiris halus
Cili merah-dihiris halus
bawang goreng untuk hiasan


Cara-caranya:

Masukkan minyak kedalam periuk
Tekan fungsi "STIR FRY" dan ON untuk memanaskan minyak
Bila minyak telah panas, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan
Kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan kicap
Kacau rata dan masukkan udang kering, biar masak sekejap
Masukkan udang dan kacau (juga boleh ditambah serbuk lada hitam, jika suka)
Masukkan 2 cwn air (600ml) kedalam periuk dan biar mendidih..perasakan dengan garam dan serbuk perasa..
Kemudian masukkan bihun dan sayur , kacau rata...
OFF kan fungsi "STIR FRY"
Tutup periuk dengan ketat dan pastikan tombol berada dikedudukkan STEAM (tombol akan terangkat)
Tekan fungsi "STEAM" selama 2 minit dan tekan ON
(Boleh jugak guna High Pressure 6minit)

Biarkan sehingga 0, secara automatik akan berada di fungsi WARM/PREHEAT
Buka penutup periuk, sekiranya tidak boleh buka biarkan seketika sehingga semua wap keluar atau OFF terus, selepas itu baru buka penutup (sekiranya tekanan atau wap masih ada didalam periuk, penutup agak sukar dibuka)
Kacau bihun sehingga rata, dan kalau inginkan bihun agak kering sedikit, tekan fungsi STIR FRY dan ON dan kacau bihun semula (seperti menggoreng bihun secara guna dapur biasa.)
Bila telah betul-betul berpuas hati dengan kejadiannya, bolehlah hidangkan bihun dengan taburan tauhu, telur hancur, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.

Credit : Honey Lemon