Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, September 2, 2015

Brownies Kedut

Sumber : http://www.azlitamasammanis.com/2015/08/chocolate-brownies-kedut.html
Photo : http://www.azlitamasammanis.com/2015/08/chocolate-brownies-kedut.html


400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate - Beryl's
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko  Cacao Barry Extra Brute 100 %

Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit



Wednesday, July 8, 2015

Kek Nutella Cheese

Bahan-bahan:
10 oz biskut cracker
5 sudu mentega
1/3 Nutella
3/4 cawan kacang hazel yang dibakar (dicincang)
1 lb krim keju
1/2 cawan gula yang dikisar (diayak)
Cara-cara Penyediaan:
Pecahkan biskut cracker ke dalam mangkuk, tambah mentega dan sesudu besar Nutella, gaulkan sehingga sebati. Kemudian, tambahkan kacang hazel tadi dan gaulkan sehingga adunan menjadi lembap dan seolah-olah berpasir.
Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai, tekan adunan dengan tangan anda dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Ambil krim keju dan gula yang diayak, dan campurkan dengan baki Nutella. Pukul kesemuanya sehingga campuran menjadi lembut.
Keluarkan adunan daripada peti sejuk dan ratakan campuran Nutella yang diadun tadi dengan berhati-hati. Taburkan kisaran kacang hazel di atasnya dan masukkan kembali ke dalam peti sejuk sehingga 4 jam atau lebih.
Sedia untuk dihidang.

Carrot Cake

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang
Cara-cara
1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk dengan lidi.

Sunday, September 22, 2013

Kek Pisang

Bahan-bahannya:

200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*
(* satukan dan ayak)
150 gram pisang (pilihan : pisang berangan 3-4 biji)
150 gram gula perang
20 gram gula kastor
3 biji telur gred A
120 ml  minyak sayur (atau minyak jagung)
1 camca besar ovallate
garam

Cara-caranya:

1. Lecek pisang, gula, garam & ovallate hingga semua bergaul dan sebati
2. Masukkan telur, kacau hingga rata.
3. Tambah tepung yang telah diayak dan minyak jagung. Gaul sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan kek ke dalam innerpot periuk Noxxa.
5. Tutup periuk dan pusingkan tombol ke arah STEAM.
6. Set periuk ke STEAM selama 25 minit.
7. Periuk akan mengeluarkan bunyi alarm sepanjang masa, abaikan.
8. Setelah tamat masa, boleh keluarkan kek (dijamin tidak akan melekat) dan biarkan sejuk di atas jaringan sebelum dihidangkan.

Resepi diolah dari Mat Gebu.