Friday, May 29, 2015

Kuih Lopes

Bahan2:
500g beras pulut (rendam selama 1/2 jam)
500ml air pandan ( kisar 5-10 helai daun pandan)
100ml santan pekat
1/2 camca teh garam
Parutan kelapa muda (topping)

Air manisan (masak 2 kerek nise/gula melaka dalam 200ml air & tapis)


Caranya:


1. Mommy tanak pulut guna periuk noxxa : Basuh & tus beras pulut & tuang ke dalam periuk.
2. Tuang air & tutup. Tekan TEKANAN TINGGI & set 5 minit 
3. Bila dah siap, sentuh butang BUKA. Bebaskan tekanan, buka tudung & masukkan santan (tambah sedikit garam).
4. Kacau, tutup & sentuh MEMANAS SEMULA. 
5. Selepas 3 minit, matikan periuk & keluarkan pulut.
6. Masukkan pulut ke dalam dulang/bekas & tekan menggunakan plastik.
7. Apabila pulut telah padat, tekap dgn acuan bulat.
8. Gaul pulut tadi dengan parutan kelapa muda (tambah sedikit garam).
9. Semasa menghidang, tuang air manisan ke atas pulut. Sedia dimakan.

credit here 

Tuesday, May 12, 2015

Pulut Kuning

Bahan-bahan:

1 kilo pulut, dicuci dan direndam 1 jam bersama sekeping asam keping
1 liter air
Kunyit/pewarna kuning
daun pandan

Cara-cara:
1. Masukkan kesemuanya di atas dalam innerpot Noxxa dan HP 6 minit
2. Offkan periuk, release pressure
3. Masukkan 1 cawan santan, gula, garam secukupnya
4. Tutup periuk dan STEAM 2 minit.

Note: Untuk 500 gram pulut, airnya 500ml. Nisbah 1:1


Tapai

Bahan-bahan
1 kg beras pulut susu
1000ml air
1 biji ragi. Saya guna x smpai sebiji. 
1 sudu gula. 
Cara-cara:
1. Basuh pulut. Masukkan dlm innerpot. Hp 5 minit. Release steam.
2. Keluarkn pulut sejukkan dlm dulang. 
3. Bila pulut dah sejuk taburkan ragi yg telah dtumbuk halus.
4. Kaup dan balikkan bagi ragi sama rata.
5. Taburkan sedikit gula. Utk kurangkan rasa gas tapai.
6. Masukkan dalam bekas dan tutup.
7. Biarkan semalaman. Kalau dah berair & manis, dah boleh dimakan. Kalau belum biarkan semalaman lagi..

Homemade Popcorn

Prep : 5 minit

Pop Corn :

1. Panaskan periuk Noxxa menggunakan mod stir fry. Jangan tutup periuk dalam mod stir fry.
2. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dan 2 sudu besar marjerin.
3. Biarkan marjerin cair.
4. Masukkan 2 genggam jagung popcorn. Gaulkan
5. Off periuk dan tutupkan.
6. Set mod high pressure 2 minit. Akan kedengaran bunyi 'pop'. Sekiranya takde bunyi pop, off HP dan buka periuk dan ulang semula HP.
7. Release pressure, buka penutup dan keluarkan pop corn.

Caramel :
1. Panaskan periuk Noxxa menggunakan mod stir fry. Jangan tutup periuk dalam mod stir fry.
2. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dan 2 sudu besar marjerin.
3. Biarkan marjerin cair.
4. Masukkan 2 sudu besar gula perang dan gaul.
5. Off periuk.
6. Masukkan 2 sudu madu dan kacau.
7. Masukkan pop corn tadi, gaul mesra.
8. Sedia untuk dihidang!