Tuesday, September 1, 2015

Talam Lapis Pulut Hitam



Resepi asal : Chef Asma
Sumber : http://www.azlitamasammanis.com/2014/09/talam-lapis-pulut-hitam.html

1 adunan : loyang 10x10. 1/2 adunan sila guna loyang 6x6 atau 7x7

50 gm pulut hitam

Mula-mula kita kena rendam pulut hitam dahulu bagi dia lembut dan keluar warna hitamnya tu.
Cuci bersih dan rebus hingga ia empuk.
Ita tambahkan sikit gula masa rebus ni, ita letak 2 sudu besar dan secubit garam, supaya pulut rasa lemak manis, kalau tak nak pun tak apa sebab dalam resepi asal memang tak ada.
Lepas dia dah empuk, biarkan sejuk, kemudian cuci bersih dan toskan.
Ketepikan


Bahan B

500 gm gula halus
600 ml santan ~ ita guna KARA
1200 ml air
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh air alkaline atau air kapur.  (air kapur ni anda ambil air kapur yang jernih yang kapurnya dah mendak kat bawah)
2 helai daun pandan ~ di simpul


Semua bahan B anda satukan dalam periuk dan masak hingga gula larut.
Biarkan suam


Bahan C

200 gm tepung beras
200 gm tepung gandum
200 gm tepung ubi


Satukan tepung di dalam bekas yang besar.
Tuangkan Bahan B ( santan) dan kacau rata.
Jika tepung masih bergentel, masukkan dalam blender dan kisar

Kemudian bahagikan tepung kepada 3 bahagian


Bahagian 1

600 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 300 ml sebab ita buat 1/2 adunan sahaja)
sedikit pewarna merah jambu
sedikit esen ros

Satukan bahagian 1 dan kemudian bahagikan kepada 2 bekas yang berasingan dengan sukatan yang sama banyak



Bahagian 2

900 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 450 ml sebab ita buat 1/2 adunan sahaja)
sedikit pewarna hijau apple
sedikit esen pandan atau pandan emulco

Satukan bahagian 2 dan kemudian bahagikan kepada 3 bekas yang berasingan dengan sukatan yang sama banyak




Bahagian 3

900 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 450 ml sebab ita buat 1/2 adunan sahaja)
50 gm pulut yang telah di rebus tadi

Satukan bahagian 3 kemudian bahagikan kepada 3 bekas yang berasingan dengan sukatan yang sama banyak


Sediakan loyang 10 X 10 inc lapik dengan plastik dan sapukan loyang dengan minyak jagung.
Tuangkan lapisan pertama warna merah jambu.
Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 7 minit dalam kukus yang telah mendidih airnya

Bila dah masak ulang langkah yang seterusnya dengan warna adunan yang berlainan. Untuk turutan warna anda boleh ikut seperti rajah di bawah
Lapisan 1 ~ merah jambu
Lapisan 2 ~ pulut hitam
Lapisan 3 ~ hijau apple
Lapisan 4 ~ pulut hitam
Lapisan 5 ~ hijau apple
Lapisan 6 ~ merah jambu
Lapisan 7 ~ pulut hijam
Lapisan 8 ~ hijau apple

Setiap lapisan di kukus selama 7 minit.
Untuk lapisan terakhir kukus selama 20 minit
Bagi anda yang membuat 1/2 adunan macam ita dengan loyang 7 atau 6 inc. Masa memngukus setiap lapisan 5 minit dan lapisan terakhir kukus selama 15 minit.

Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan talam sejuk dengan sepenuhnya sebelum di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan pisau plastik yang telah di oles sedikit minyak jagung untuk mendapatkan potongan yang cantik





No comments:

Post a Comment