Monday, September 7, 2015

Japanese Cream Puff

Sumber : http://www.azlitamasammanis.com/2012/10/japanese-crispy-cream-puff.html


Mula-mula kita sediakan Kastard dahulu. Krim kastard ni kita kena sediakan lebih awal supaya bila puff kita siap, kastard kita dah dingin. Krim Puff ni sedap kalau kita makan dingin kerana taklah terasa muak.
Sebelum tu ita nak bagi tau bahawa sukatan Krim Kastard ni agak banyak boleh buat 2 adunan Krim Puff. Jika nak buat 1 adunan resepi Krim Puff di bawah, resepi krim kastard ni boleh lah buat 1/2 adunan sahaja.
Tapi kastard ni kalau buat 1 adunan pun tak apa sebab ia boleh di simpan dalam peti ais. Cuma jangan campurkan dengan Whipping Crem dahulu. Whipping Cream kita campurkan bila kita dah nak letakkan ia  dalam puff kita nanti.

Krim Kastard

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung ~ ita tambah 
1/2 cawan gula ~ ita tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.  
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla 
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Sepertimana yang ita katakan tadi, adunan ni dapat agak banyak.
Ia boleh terus di gunakan jika kita inginkan rasa kastard
Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya:

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.

Sekarang kita boleh lah sediakan pula Pai Shuu Crust


Pai Shuu Crust

50 gm butter
1/3 cawan gula icing
1/3 cawan Tepung naik sendiri / Self Raising Flour ~ jika tak ada gunakan tepung gandum dan campurkan dengan 1/2 sudu teh baking powder

Cairkan butter
Dalam satu bekas satukan tepung dan gula icing kemudian ayak 
Bila butter dah mencair, tuangkan dalam adunan tepung dan gula
Berhati-hati kerana butter panas
Segera kacau adunan dengan garfu hingga sebati dan menjadi doh yang lembut
Tutup dengan plastik supaya doh tidak kering

Sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk membuat Puff

Puff Pastry

120 gm butter
3/4 cawan air
1 1/3 cawan tepung ~ 170 gm di ayak
5 biji telur ~ berat telur 60 gm sebiji atau timbang telur seberat 300 gm untuk 5 biji
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula ~ nak letak boleh tak letak pun ok!



Dalam satu periuk kecil, satukan butter yang di potong kiub bersama garam, gula dan air.
Panaskan atas dapur hingga ia mendidih
Bila dah mendidih, segera alihkan dari api atau tutup api.
Dengan segera tuangkan tepung yang telah di ayak tadi
Kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi doh yang lembut
Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan terus kacau hingga  dasar periuk terbentuk kepingan-kpingan nipis.
Tutup api dan masukkan telur ~ sebelum tu telur hendaklah di pukul dahulu hingga rata
Tuangkan telur sedikit-sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati

Masukkan adunan ini ke dalam piping bag
Jika ada nozel boleh letak nozel jika tak de potong aje bucunya.

Panaskan oven terlebih dahulu ~ 15 minit sebelum adunan di bakar
Suhu 210 ~ 220 bergantung kepada kepanasan oven masing-masing
Guna api atas dan bawah dan jika  oven ada kipas boleh hidupkan kipasnya, jika tiada tak mengapa.

Sediakan dulang pembakar
Lapik dulang dengan baking paper 



Paipkan adunan atas dulang pembakar
Biarkan ia agak meninggi sedikit
Jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang 2 kali ganda
Taburkan Pai Shuu Crust di atasnya
Dengan segera masukkan ke dalam oven
Bakar pada suhu 210 C selama 20 ~ 25  minit sehingga permukaannya kuning keemasan
Turunkan suhu kepada 100 C dan bakar lagi selama 15 ~ 20 minit
Jika puff dan nampak coklat masa pembakaran 20 minit pertama tadi, tutup api atas, hanya guna api bawah  untuk membakar lagi pada 20 minit kedua.

Keluarkan puff dan letakkan atas redai hingga ia sejuk.
Untuk dapatkan puff yang naik membuncit tinggi, selepas di paipkan atas dulang pembakar jangan berlengah lagi, terus bakar supaya doh tidak turun

Tunggu puff benar-benar sejuk barulah di paipkan Cream Custard di dalamnya
Untuk paipkan Cream Custard, masukkan Cream Custard dalam paiping bag
Cucukkan ke dalam puff dan picitkan hingga ia penuh dan terkeluar sedikit 


No comments:

Post a Comment