Monday, September 7, 2015

Japanese Cream Puff

Sumber : http://www.azlitamasammanis.com/2012/10/japanese-crispy-cream-puff.html


Mula-mula kita sediakan Kastard dahulu. Krim kastard ni kita kena sediakan lebih awal supaya bila puff kita siap, kastard kita dah dingin. Krim Puff ni sedap kalau kita makan dingin kerana taklah terasa muak.
Sebelum tu ita nak bagi tau bahawa sukatan Krim Kastard ni agak banyak boleh buat 2 adunan Krim Puff. Jika nak buat 1 adunan resepi Krim Puff di bawah, resepi krim kastard ni boleh lah buat 1/2 adunan sahaja.
Tapi kastard ni kalau buat 1 adunan pun tak apa sebab ia boleh di simpan dalam peti ais. Cuma jangan campurkan dengan Whipping Crem dahulu. Whipping Cream kita campurkan bila kita dah nak letakkan ia  dalam puff kita nanti.

Krim Kastard

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung ~ ita tambah 
1/2 cawan gula ~ ita tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.  
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla 
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Sepertimana yang ita katakan tadi, adunan ni dapat agak banyak.
Ia boleh terus di gunakan jika kita inginkan rasa kastard
Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya:

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.

Sekarang kita boleh lah sediakan pula Pai Shuu Crust


Pai Shuu Crust

50 gm butter
1/3 cawan gula icing
1/3 cawan Tepung naik sendiri / Self Raising Flour ~ jika tak ada gunakan tepung gandum dan campurkan dengan 1/2 sudu teh baking powder

Cairkan butter
Dalam satu bekas satukan tepung dan gula icing kemudian ayak 
Bila butter dah mencair, tuangkan dalam adunan tepung dan gula
Berhati-hati kerana butter panas
Segera kacau adunan dengan garfu hingga sebati dan menjadi doh yang lembut
Tutup dengan plastik supaya doh tidak kering

Sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk membuat Puff

Puff Pastry

120 gm butter
3/4 cawan air
1 1/3 cawan tepung ~ 170 gm di ayak
5 biji telur ~ berat telur 60 gm sebiji atau timbang telur seberat 300 gm untuk 5 biji
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula ~ nak letak boleh tak letak pun ok!



Dalam satu periuk kecil, satukan butter yang di potong kiub bersama garam, gula dan air.
Panaskan atas dapur hingga ia mendidih
Bila dah mendidih, segera alihkan dari api atau tutup api.
Dengan segera tuangkan tepung yang telah di ayak tadi
Kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi doh yang lembut
Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan terus kacau hingga  dasar periuk terbentuk kepingan-kpingan nipis.
Tutup api dan masukkan telur ~ sebelum tu telur hendaklah di pukul dahulu hingga rata
Tuangkan telur sedikit-sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati

Masukkan adunan ini ke dalam piping bag
Jika ada nozel boleh letak nozel jika tak de potong aje bucunya.

Panaskan oven terlebih dahulu ~ 15 minit sebelum adunan di bakar
Suhu 210 ~ 220 bergantung kepada kepanasan oven masing-masing
Guna api atas dan bawah dan jika  oven ada kipas boleh hidupkan kipasnya, jika tiada tak mengapa.

Sediakan dulang pembakar
Lapik dulang dengan baking paper 



Paipkan adunan atas dulang pembakar
Biarkan ia agak meninggi sedikit
Jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang 2 kali ganda
Taburkan Pai Shuu Crust di atasnya
Dengan segera masukkan ke dalam oven
Bakar pada suhu 210 C selama 20 ~ 25  minit sehingga permukaannya kuning keemasan
Turunkan suhu kepada 100 C dan bakar lagi selama 15 ~ 20 minit
Jika puff dan nampak coklat masa pembakaran 20 minit pertama tadi, tutup api atas, hanya guna api bawah  untuk membakar lagi pada 20 minit kedua.

Keluarkan puff dan letakkan atas redai hingga ia sejuk.
Untuk dapatkan puff yang naik membuncit tinggi, selepas di paipkan atas dulang pembakar jangan berlengah lagi, terus bakar supaya doh tidak turun

Tunggu puff benar-benar sejuk barulah di paipkan Cream Custard di dalamnya
Untuk paipkan Cream Custard, masukkan Cream Custard dalam paiping bag
Cucukkan ke dalam puff dan picitkan hingga ia penuh dan terkeluar sedikit 


Friday, September 4, 2015

Biskut Lidah Kucing

Sumber : FB Dari Dapur Seorang Amatur
BISKUT RAINBOW/LIDAH KUCING
250g margerin
160g gula castor
100g telur putih (anggaran 3 biji telur)
200g tepung gandum
50g tepung jagung
1/3 sudu teh emplex
5 pewarna yg berlainan (ikut kesukaan masing2)
*tepung gandum, tepung jagung dan emplex diayak bersama trlebih dahulu.
CARA2
1. Pukul margerin dan gula castor hingga kembang dan gebu. Dlm 5 mnt.
2. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Adunan yg lembut spt adunan kek akan terhasil.
4. Bahagikn adunan ke 5 bahagian... klau pakai timbang 1 bahagian dpt lbh kurang 140g... klau main agak2 pun takpe...
5. Titikkan pewarna yg brlainan ke dalam setiap bahagian dan gaul sebati. Masukkn ke dlm beg plastik kecil atau piping bag.
6. Potong hujung plastik... kecil je ye, jgn besar2 plak...
7. Pastikan loyang digris dgn margerin trlebih dahulu sblm paip adunan... klau tak nnti kita kena cungkil biskut kita pakai sudu plak! (Sy bercakap dr pengalaman sndiri... hahaa)
8. Paip adunan ikut kreativiti ye... kemudian blh lah dibakar suhu 150°c selama 15-20 minit. Dinasihatkn jgn lebih dr 20 minit, nnti warnanya nmpak gelap dn tak cantik.
9. Biar sejuk seketika dan perlu SEGERA disimpan dlm bekas kedap udara. Klau x biskut jd LEMAU.

Wednesday, September 2, 2015

Brownies Kedut

Sumber : http://www.azlitamasammanis.com/2015/08/chocolate-brownies-kedut.html
Photo : http://www.azlitamasammanis.com/2015/08/chocolate-brownies-kedut.html


400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate - Beryl's
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko  Cacao Barry Extra Brute 100 %

Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit



Tuesday, September 1, 2015

Talam Sekoteng





Bahan utk Lapisan Bawah (Loyang 10x10x2 @3)
  • 50g sekoteng (rebus & toskan)
  • 150g tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1tbsp Tepung Hoen Kwee (putih)*
  • 150g gula castor*
  • 1tsp garam*
Cara2nya
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api.
  2. Masukkan sekoteng (yg telah direbus tadi) dan kacau rata.
  3. Tuang ke dlm loyang & kukus selama 25 minit. 
  4. Loyang hendaklah di alas plastik terlebih dahulu dan lenserkan minyak di kelilingnya, barulah tuang adunan dan kukus.
Bahan utk Lapisan Atas
  • 150gm tepung gandum
  • 300gm gula halus
  • 3 biji telur
  • 250ml santan pekat
  • 500ml air
  • 1/2 tsp garam
  • 1 ½ tsp perisa rose
  • pewarna pink
Cara2nya
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah.
  3. Kukus selama 30 minit.
  4. Setelah siap, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
**Bagi kelihatan kuih spt saya buat, bahagian adunan lapisan atas tu saya bahagikan pd 2 bahagian. Satu letak warna hijau dan perisa pandan dan satu bahagian lagi letak kaler pink dan perisa ros. Masa nak tuang adunan hijau masak sebentar hingga naik wap, tuang dan kukus 10 minit. Bila dah masak, ambil adunan pink dan masak hingga naik wap dan tuang atas lapisan hijau dan kukus 20 minit. Kalau nak senang buat satu warna je seperti resepi asal. Selamat mencuba... 

Talam Cendol

Resepi Asal : Chef Asma
Sumber : http://www.resepidaria.com/2010/05/talam-cendol.html

Lapisan bawah


Bahan A


200gm tepung beras*
250ml santan pekat*
450ml air*
1 tbsp tepung jagung*
150gm gula caster(saya kurangkan kepada 120gm)
1 tsp garam

Bahan B


200gm cendol @ 1 paket kecil


Cara-caranya:-

Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
Kukus selama 25 minit
Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu


Lapisan Atas


Bahan-bahannya:-


Bahan A


300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
50gm gula castor
500ml air

Bahan B

150gm tepung gandum
3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
250ml santan pekat
1/2 tsp garam

Cara-caranya:-

Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Talam Roti Paun



Resepi Asal : Chef Asma
Sumber : http://www.azlitamasammanis.com/2012/02/talam-roti-paun.html

Lapisan Bawah
4  keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih
3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence


Panaskan kukusan
Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik.
Oleskan juga minyak pada plastik.

Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan
Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati
Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti.
Tuangkan adunan dalam loyang.
Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
Kukus adunan selama 25 minit
Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah

Lapisan tengah

1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau 
sedikit perisa pandan

Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api 

Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu 
Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.
Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.

Lapisan atas
1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe


Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api 

Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu 
Kemudian tuangkan adunan lapisan atas
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30  minit atau sehingga talam masak dengan sempurna
~ Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata

Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik


Talam Lapis Pulut Hitam



Resepi asal : Chef Asma
Sumber : http://www.azlitamasammanis.com/2014/09/talam-lapis-pulut-hitam.html

1 adunan : loyang 10x10. 1/2 adunan sila guna loyang 6x6 atau 7x7

50 gm pulut hitam

Mula-mula kita kena rendam pulut hitam dahulu bagi dia lembut dan keluar warna hitamnya tu.
Cuci bersih dan rebus hingga ia empuk.
Ita tambahkan sikit gula masa rebus ni, ita letak 2 sudu besar dan secubit garam, supaya pulut rasa lemak manis, kalau tak nak pun tak apa sebab dalam resepi asal memang tak ada.
Lepas dia dah empuk, biarkan sejuk, kemudian cuci bersih dan toskan.
Ketepikan


Bahan B

500 gm gula halus
600 ml santan ~ ita guna KARA
1200 ml air
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh air alkaline atau air kapur.  (air kapur ni anda ambil air kapur yang jernih yang kapurnya dah mendak kat bawah)
2 helai daun pandan ~ di simpul


Semua bahan B anda satukan dalam periuk dan masak hingga gula larut.
Biarkan suam


Bahan C

200 gm tepung beras
200 gm tepung gandum
200 gm tepung ubi


Satukan tepung di dalam bekas yang besar.
Tuangkan Bahan B ( santan) dan kacau rata.
Jika tepung masih bergentel, masukkan dalam blender dan kisar

Kemudian bahagikan tepung kepada 3 bahagian


Bahagian 1

600 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 300 ml sebab ita buat 1/2 adunan sahaja)
sedikit pewarna merah jambu
sedikit esen ros

Satukan bahagian 1 dan kemudian bahagikan kepada 2 bekas yang berasingan dengan sukatan yang sama banyak



Bahagian 2

900 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 450 ml sebab ita buat 1/2 adunan sahaja)
sedikit pewarna hijau apple
sedikit esen pandan atau pandan emulco

Satukan bahagian 2 dan kemudian bahagikan kepada 3 bekas yang berasingan dengan sukatan yang sama banyak




Bahagian 3

900 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 450 ml sebab ita buat 1/2 adunan sahaja)
50 gm pulut yang telah di rebus tadi

Satukan bahagian 3 kemudian bahagikan kepada 3 bekas yang berasingan dengan sukatan yang sama banyak


Sediakan loyang 10 X 10 inc lapik dengan plastik dan sapukan loyang dengan minyak jagung.
Tuangkan lapisan pertama warna merah jambu.
Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 7 minit dalam kukus yang telah mendidih airnya

Bila dah masak ulang langkah yang seterusnya dengan warna adunan yang berlainan. Untuk turutan warna anda boleh ikut seperti rajah di bawah
Lapisan 1 ~ merah jambu
Lapisan 2 ~ pulut hitam
Lapisan 3 ~ hijau apple
Lapisan 4 ~ pulut hitam
Lapisan 5 ~ hijau apple
Lapisan 6 ~ merah jambu
Lapisan 7 ~ pulut hijam
Lapisan 8 ~ hijau apple

Setiap lapisan di kukus selama 7 minit.
Untuk lapisan terakhir kukus selama 20 minit
Bagi anda yang membuat 1/2 adunan macam ita dengan loyang 7 atau 6 inc. Masa memngukus setiap lapisan 5 minit dan lapisan terakhir kukus selama 15 minit.

Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan talam sejuk dengan sepenuhnya sebelum di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan pisau plastik yang telah di oles sedikit minyak jagung untuk mendapatkan potongan yang cantik





Wednesday, July 8, 2015

Kek Nutella Cheese

Bahan-bahan:
10 oz biskut cracker
5 sudu mentega
1/3 Nutella
3/4 cawan kacang hazel yang dibakar (dicincang)
1 lb krim keju
1/2 cawan gula yang dikisar (diayak)
Cara-cara Penyediaan:
Pecahkan biskut cracker ke dalam mangkuk, tambah mentega dan sesudu besar Nutella, gaulkan sehingga sebati. Kemudian, tambahkan kacang hazel tadi dan gaulkan sehingga adunan menjadi lembap dan seolah-olah berpasir.
Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai, tekan adunan dengan tangan anda dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Ambil krim keju dan gula yang diayak, dan campurkan dengan baki Nutella. Pukul kesemuanya sehingga campuran menjadi lembut.
Keluarkan adunan daripada peti sejuk dan ratakan campuran Nutella yang diadun tadi dengan berhati-hati. Taburkan kisaran kacang hazel di atasnya dan masukkan kembali ke dalam peti sejuk sehingga 4 jam atau lebih.
Sedia untuk dihidang.

Kuih Siput

100g mentega
2 cawan tepung gandum
Bahan untuk dikisar
1 sudu besar cili kisar Puteri
2 tangkai daun kari
1/2 biji telur
1 sudu teh jintan manis
10g udang kering (lagi banyak lagi sedap)
2 biji bawang kecil
1 cawan air
garam, gula secukup rasa
Cara membuatnya
1. Gaul mentega dengan tepung hingga jadi macam serbuk roti
2. Masukkan bahan kisar ke dalam adunan tepung
3. Tambahkan garam dan gula ikut rasa masing-masing
4. Uli hingga sebati - kalau masih melekat tambah tepung lagi hingga adunan tidak melekit (adunan memang lembik sedikit sebab itu menjadikannya rangup)
5. Lenyek atas acuan kuih siput kecil-kecil
6. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan, goreng dengan 2-3 tangkai daun kari.